Tuesday, February 7, 2012

BANGAH NAK NAIK FERI


Seronoknya cuti 4 hari ni...lepak-lepak kat rumah, release tension. Tension kerr??? Ada la jugak hehe...Aktiviti sepanjang cuti ni,apa lagi...masak,makan,tidur,keluar pegi kedai,tengok tv...cuti ini jugalah yang menyebabkan dapurku berasap tak berhenti-henti setelah agak lama dia tidak dipedulikan.

Orait, pagi tadi ada permintaan nak breakfast nasi goreng tom yam. Kita pun masaklah dengan semangatnya...akhirnya tertunailah harapan cik abang kita yang tinggi menggunung ni...Cuba tengok, boleh lawan kedai ka?

Fuuuhhh...siap ngan Nescafe tarikk tuh...!!!
Teringin ka? Kalau teringin, masuk dapur tengok ada pes tomyam ke tak...kalau ada, malam ni boleh balun goreng nooo...senang sangat. Tumis bawang,masuk pes tomyam,bubuh la sayur lebih kurang, garam secukup rasa,ketuk serai,masuk daun limau purut. Pastuh masuk nasi,goreng jap...dah siapppp...boleh ngap!!

Dah kenyang cerita pasal breakfast, saya nak story sikit pasal hajat anak saya yang no 2, Bangah nak naik feri Putrajay. Masa birthday dia, kami dah pegi tapi feri tutup. End-up kami makan kat Nando aje...tapi semalam daddy dia bawak la dia pegi Putrajaya one more time. Rezeki dia, dapatlah dia naik...Tertunai hajat so happy la...nasib baik daddy ada capture those happy moments dalam camera...dapatlah mummy kongsi kat sini...jom layan...

Happy la tuh...


Atas feri Sebarau
Abang Long yang suka enterframe...
Masjid Putrajaya

Masya Allah, cantiknya....


Cruise kat Putrajaya ni tak mahal pun, RM30 untuk dewasa RM20 untuk kanak-kanak. Ada package yang ada dinner sekali, so yang nak beromantika di amour boleh la dinner dalam boat. Tapi tak sure pulak makan berkerusi-meja ke makan bungkus heheheh...boleh check kat website lah.

Haaaa..masa naik feri saya dan Zulaiqa tak ikut...On his birthday,kami dah celebrate di Nandos,Putrajaya...

Abang Long with his new glasses...welcome to the club!!!
Tengah tunggu order...

Nasi arab daddy...bukan Nandos,order kat kedai sebelah

Ni baru Nandos...mummy & zulaiqa punye...

Bergambar tepi tasik

Bangah nak tunjuk skil tae kwan do dia....
Seronok tengok diorang happy. Sesekali bercuti macam ni memang best. Anak-anak pun happy and mummy & daddy pun happy jugak.

Hmmm...esok dah nak kerja. Saya pun berundur dulu, nak prepare apa-apa yang patut untuk malam ini. Kejap lagi nak layan my favourite drama 'Vanila Coklat'..ada sesiapa yang follow cerita ni ke? Sweet sangat....Bye....

No comments:

Post a Comment