Selamat menyambut Maulidur Rasul…
Hari ni saya nak cerita sikit pasal SEDEKAH…kita ambil sedikit ilmu daripada buku yang saya baca dari penulis buku Nurul Mubin-“Jika ingin cepat kaya,perbanyakkanlah sedekah kamu”. Mesti ramai yang nak jadi kaya kan…Boleh dapatkan buku ni di kedai-kedai buku. Saya cuma nak summarise isi-isi yang penting sahaja…
Sebelum kita pergi ke bab sedekah, kita cerita dulu pasal rezeki. Penulis buku ini mengupas sedikit tentang pemahaman orang ramai mengenai rezeki. Kebiasaannya orang menganggap rezeki tu sama dengan harta benda,wang ringgit. Kita biasa dengar orang berkata “ aku bekerja mencari rezeki untuk menyara anak isteri”, atau kalau barang yang dijual tak laku pada hari itu, penjual akan berkata “takde rezeki hari ini” …betul tak? Tapi mengikut kata penulis, bukan rezeki yang dicari tetapi wang ringgit. Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Kesihatan, peluang, masa terluang,kebahagiaan juga adalah rezeki. So, bila kita sempitkan pengertian rezeki hanyalah wang ringgit, maka ada besar kemungkinannya kita terlalu taksub mengejar wang, sehingga lupa memanfaatkannya ke jalan Allah. Ye lah,siapa yang tak sayang duit oooiii…kalau duit seringgit jatuh kat jalan pun mesti terpandang 2-3 kali jugak kan walaupun apa lah sangat yang boleh dibeli dengan seringgit tu zaman sekarang ni…
Okay, back to bab SEDEKAH ni…elok kalau kita selalu bersedekah ni. Sedekah ni banyak keajaibannya…sedekah boleh menyucikan harta,membersihkan dosa,membawa masuk rezeki, menolak musibah & bencana, menjadi harta berkat,menyembuhkan penyakit dan banyak lagi lah…Macam mana lagi banyak sedekah, bertambah pulak rezeki sedangkan secara logiknya akan makin kurangla harta kita disebabkan bersedekah kan? Haaaaaa…menurut penulis belum ada di dalam sejarah lagi orang yang suka bersedekah tu tiba-tiba jadi miskin. Ingat janji Allah s.w.t kalau kita melakukan kebaikan, Allah akan membuka berbagai jalan untuk membawa rezeki (Surah al-Jinn:16). Harta yang kita simpan tu tak kekal, over the years, value pun mungkin jatuh merudum, tetapi harta yang dibelanjakan itulah yang kekal abadi, manfaatnya mungkin sampai bertahun-tahun.
Ada diceritakan di dalam buku ni, dialog di antara malaikat dengan Allah s.w.t (dalam hadis Nabi,diriwayatkan ole Tirmizi & Ahmad) mengenai kekuasaan Allah mencipta bumi. Bila bumi dicipta, bumi dalam keadaan bergetar. Bila diciptakan gunung, bumi pun berhenti bergetar. Malaikat berasa kagum dengan penciptaan gunung, lalu bertanya kepada Allah s.w.t, apa yang lebih hebat dari gunung? Allah s.w.t menjawab ‘besi’…Malaikat tanya lagi apa yang lebih kuat dari besi? Allah s.w.t jawab “api”…Selepas api? Allah jawab air. Malaikat tanya lagi, apa yang lebih kuat dari air? Allah jawab ‘angin’. Lastly, malaikat bertanya “apakah ciptaan-Mu yang melebihi dari semua itu?” Allah s.w.t berkata “Amal kebaikan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya, sedangkan tangan kirinya tidak mengetahui”…begitu dasatnya kebaikan bersedekah ni, amecam? Tak nak sedekah lagi? Selain itu, para malaikat akan berdoa setiap pagi ketika sinar matahari terbit “ Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Tapi ada juga malaikat akan menyeru “Musnahkanlah orang yang menyimpan hartanya”. Oleh itu, sape yang taknak langsung bersedekah, nak simpan je duit dalam bank tuh..bayangkan malaikat mendoakan anda jadi miskin setiap pagi!
Dalam buku ini,penulis ada bagi tips mengubah RM1 ribu menjadi RM10 ribu dalam masa yang singkat. Berdasarkan Surah al-An’am:160, firman Allah s.w.t “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat) maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan,maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya;sedangkanmereka tidak dianiaya (sedikitpun)”. So, apa yang anda perlu buat:
- · Percaya dan yakinlah akan perkara tersebut
- · Membuat komitmen untuk mengubah wang dari seribu menjadi 10 ribu
- · Bersedekah
- · Rasakan perbezaannya, adakah wang 1 ribu berganda menjadi 10 ribu?
Cubalah, kalau jadi betul bagitau saya…saya pun nak cuba jugak…insya Allah saya akan bagitau kebenarannya…tapi kita kena pastikan harta yang disedekah betul niatnya, ikhlas dan halal. Kalau tak berganda tu,something wrong la dengan harta kita atau niat kita tuh….ada berani????
Saya nak kongsi juga satu lagi ayat, Surah al-Hadid:18 :”Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah,serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah,sebagai pinjaman yang baik (ikhlas),akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”.
Okay…saya stop kat sini dulu. Nanti saya kongsi adab-adab bersedekah pulak…renung-renungkan lah….
No comments:
Post a Comment