Sunday, May 20, 2012

Bibikkkk....pulanglah....!!!

Opppssss...jangan panik!! Bibik ku tidak lari dari rumah...dia pulang ke kampung mertua Sabtu lepas sebab anak dara dia melangsungkan perkahwinan...Kami bagi dia cuti satu minggu sahaja...harap-harap dia balik ke sini semula lah...kalau tak muncul-muncul kat airport Sabtu nih, nampak gayanya kami kena activate plan B hehehe...

Oleh sebab anak-anak takde sapa nak jaga...yang sepatut  menjaga anak-anak a.k.a mummy diorang kena pegi kerja, maka terpaksa lah import Tok Wan & Mak Tok mai sini.

Sudah masuk hari ke-2 hidup kami tanpa bibik...adussss...honestly, penat!! Macam nak nyanyi lagu "Jari jariku sakit semua...kena bekerja setiap hari...." Pastuh baru tersedar, banyak juga bibik aku buat kerja ek...Nasib baik zulaiqa dah diberi training untuk ambik alih keje bibik yang satu nih...

Training sidai baju kat rumah Opah
Sepanjang masa bibik takde ni, semua kena join kerahan tenaga! From Zulaiqa to Daddy, semuanya ada tugas,cewah...Tapi Alhamdulillah, macam tahu-tahu je bibik takde...pandai pulak diorang ni tak sepahkan mainan,buku,games kat rumah tuh....

Sabtu lepas, husband bawak Tokwan dan anak-anak pegi melawat Istana Negara yang dibuka untuk orang ramai...Mama kat rumah Faizal. So,tinggal saya sorang kat rumah...dapatlah buat operasi Bersih kat rumah. Husband ajak ikut tapi memikirkan kalau kita ikut...alamat kerja kat rumah ni tak habis la...

Kata husband menarik juga melawat Istana nih...jom tengok apa yang bestnya....















Itu je lah yang boleh saya share...ada lagi gambar-gambar lain tapi macam tak berapa nak sesuwaiiii nak upload kat sini...Yang berminat rasanya masih boleh datang lagi ke pameran nih..Bukan senang nak masuk ke istana nih ye tak..kalau tak pasal pameran ni, nak kena tunggu dapat Datuk or Tan Sri ke boleh la kan...hmmm boleh dapat ke hehehehe...

Saya berhenti di sini dulu...tak tahu lah sempat update blog ke tak this bibik-less week nih...Harap semuanya under control...

Assalamualaikum...































No comments:

Post a Comment