Wednesday, May 23, 2012

Cerita Debat PTPTN Semalam...

Terbelit jugaklah nak sebut PTPTN nih...


Hmmm…rasa nak bercerita pasal isu semasa la pulak hari ni…..tiba-tiba rasa sungguh patriotik..
Semalam tengok debat pasal PTPTN di antara KJ and erkkkk….. (who’s that guy from PKR?)…Saya cuma ingat dia mengaku dia akauntan. 

Secara peribadi, saya melihat keseluruhan debat itu sesuatu yang unik lah…boleh diberi thumbs up sebab walaupun terjadinya adegan kutuk mengutuk di antara kedua-duanya tetapi they looked cool…kena kutuk pun senyum je. Cuma part ada sedikit serangan peribadi tu yang tak berapa nak molek lah…Penyokong-penyokong pun bertamadun ..tak ada yang angkat kerusi, baling telur ke, keluar dewan ke..desyum-desyum, karate-chop pun takde …

Apa yang didebatkan ialah pasal isu nak bagi free education kepada rakyat Malaysia. Mula-mula dengar ‘free education’ tuh dah berbunga dah hatiku…Kalau jadi realiti tuh, terus je saya nak apply buat PHD haha…Seronokkan dapat benda free? 

So, both  pihak membentangkan extra cost yang perlu ditanggung kerajaan , facts & figures, bla bla bla…. tapi sometimes dua-dua came out with different figures pulak…Anyway, tak kisah lah mana diorang dapat data tu kan, tapi yang menarik perhatianku ialah tentang  isu-isu ini yang bermain di kepala hotak akauntan –tak-jadik –dan taknak jadipun ni..
  
  •    Diorang ada dok sebut pasal  peratusan pelajar yang tidak membayar loan PTPTN dan ada yang kena tahan kat airport la, tak boleh keluar Malaysia…
  Aikkkk…kalau dah boleh pegi oversea tu kira mampu lah kan?  ***musykil****

 Daripada jumlah yang taknak bayar loan ni, sebenarnya adakah semuanya memang tak mampu nak bayar  disebabkan tak  dapat kerja/gaji ciput sangat  ka ATAU memang sebenarnya mampu tapi tak nak bayar?

Kalau belum dapat kerja tu understandable lah…Tapi ada juga orang memang jenis liat nak bayar hutang walaupun berduit…Dan ada juga yang memang tak pandai menguruskan kewangannya, mendahulukan benda yang tidak penting, so sampai part bayar hutang, duit dah habis….Baru plan nak bayar hutang, SOGO pulak sales, camno heheheh (macam kenal je sape nih.... :P )

  • Bila diadakan free education ni, tak mustahil lah semangat untuk belajar bersungguh-sungguh tu akan kurang. Sekarang ni, nak dapatkan scholarship perlu result yang gempak kan..Kalau dah free, tak payahlah pulun study…tak payah susah-susah ambik scholarship pun, everything is paid by government!
 Lagi bagus kalau bagi free tapi bersyarat…kalau CGPA bawah certain point..tak jadi free, kena bayar….

  •  Lagi satu, jangan fokus kat higher education saja…Macam mana dengan tadika? Susahnya nak cari tadika murah dan berkualiti…Sekarang ni on average dalam sebulan kena bayar RM200-RM350…lagi mahal dari saya bayar yuran buat Master kat UIA arituh… Takmau bagi free pun, kot la kalau-kalau dapat elaun untuk tampung yuran pun dah kira ok….
Hmmm…apa-apa pun, selepas episod debat ni, harapnya adalah pihak yang bertanggungjawab meneliti cadangan free education ni secara menyeluruh…Tak sabar tunggu hasilnya nanti…Sapa yang tak syok dapat benda free oiii…heheheh…

Memetik kata-kata pujangga…

KEHIDUPAN INI DIPENUHI DENGAN SERIBU MACAM KEMANISAN TETAPI UNTUK MENCAPAINYA PERLU SERIBU MACAM PENGORBANAN

No comments:

Post a Comment