Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua guru yang ada di Malaysia ni...

Untuk cikgu-cikgu saya yang masih di dalam ingatan iaitu Cikgu Norma, Sekolah Men Derma. Ingat lagi cikgu yang vogue ni, selalu pakai baju matching dengan kasut & beg heheh...cikgu Math saya, Cikgu Zakaria...Semasa di MRSM, my favourite teacher iaitu Cikgu Marsuria...ada lagi yang wajah-wajahnya masih saya ingat tapi nama lupa pulak...And tak lupa Prof Azmi yang sangat saya hormati...Terima kasih,cikgu!!!

Anak-anak pun sejak semalam minta saya belikan hadiah untuk cikgu-cikgu favourite diorang...tadi saya dah shopping sikit untuk cikgu Bangah & Banglong sebab esok ada sambutan kat sekolah...Zulaiqa punya nanti mummy beli  hari Khamis ye...Tadika Zulaiqa buat sambutan Hari Guru pada hari Jumaat, kena bawak makanan pulak tuh..

Sebentar tadi, sibuk la kami membungkus hadiah-hadiah untuk cikgu tersayang...tapi limit sorang 3 cikgu je..kalau semua nak bagi hadiah ,bankrupt la mummy huhu....cikgu-cikgu lain tunggu giliran tahun depan ye...

Hadiah yang dah siap dibalut....





Apa criteria agaknya yang menjadikan cikgu-cikgu ni cikgu favourite? Bagi saya cikgu yang paling saya suka ialah cikgu yang bersungguh-sungguh mengajar sampai kita paham...Pastuh bila mengajar tu nampak ada passion in teaching tau..Lastly, jelas terpancar perasaan kasih dan sayangnya ketika mengajar anak-anak murid...

Dan sekarang ni, untuk persediaan UPSR ,cikgu-cikgu anak saya Zafri memang bertungkus-lumus membuat kelas tambahan seminggu 4 kali, gerak gempur, motivasi dan macam-macam program lagi...berkorban masa dan keluarga demi kejayaan anak-anak kami...Terima kasih,cikgu!! Jasa cikgu itu, hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya...














































1 comment: