Monday, July 9, 2012

Breakfast At Tiffany...

Breakfast apa pagi ni??

Apa kata try home-made garlic bread untuk breakfast anda....Garlic bread ni dah memang sinonim dengan keluarga saya ni.. Zafri a.k.a BangLong memang suka makan..dia ni picky-eater. Susah nak sediakan makan untuk dia...ini taknak, itu taknak...so, kalau ada makanan yang dia suka, saya cuba belajar buat sendiri...jadi saya boleh sediakan anytime, on demand...Tak payahla nak order kat Pizza Hut je kan...!

Nak try resipi saya? Jom layan...

Bahan-bahannya...

Butter
Bawang putih...3-4 ulas dah cukup
Parsley
Roti Peranchis...kalau ikutkan lagi panjang ni, tapi terpaksa dipotong sebab tak muat dalam gambar





 Dan sedikit garam.

Cara-cara: Sonang je ni...pejam mata pun boleh buat hehheheeh....

1.Tumbuk bawang putih sehingga lumat.
2. Campurkan butter, bawang putih dan parsley. Tambah garam sedikit sahaja.
3. Potong roti Peranchis

So, dah siap garlic bread spread untuk disapukan ke atas roti Peranchis anda. Bakar selama 5 minit sahaja pada suhu 175 C.

Your home-made garlic bread spread
Roti yang telah siap disapu spread...siap sedia untuk dibakar
Dah siap...untuk BangLong...makan bersama hot chocolate..perfect combination!!

Untuk Bangah...ooopppsss...dengan botol susu!! Sorry Bangah...pecah rahsie awak masih minum botol heheheh...
Kalau saya lah, saya lebih prefer garlic bread buatan sendiri sebab boleh letak banyak-banyak spreadnya...lemak berkrim disukai ramai....Kalau kat kedai, seciput je diorang letak spread tuh kan...tak puas makan.

Okay, happy cooking!!!



No comments:

Post a Comment