Sunday, July 29, 2012

Buka Puasa@BTHO

Assalamualaikum...


Rindu!


Bulan puasa senantiasa menggamit kerinduan saya kepada keluarga. Setiap kali berbuka, saya merindui saat-saat manis ketika kecil dahulu, berbuka bersama-sama mama, bapak, adik-adik i.e. Faizal, Fahmi, Wani dan Ali.


Juadah favourite sekeluarga kami semestinya kuih tradisi 'Jongkong'...ala-ala lompat tikam atau bubur som-som...Kadang-kadang mama masak bubur nasi yang dimakan dengan daging masak kicap..Pastuh ada pengat pisang Tok Limah, tepung talam Tok Som...perggghhhh...Juadah yang biasa-biasa sahaja tetapi bila dimakan bersama keluarga, rasanya jadi luarbiasa...

Bulan puasa ini lah saya banyak belajar buat kuih-kuih Melayu. Saya ingat kuih pertama yang saya belajar ialah buah melaka...Kalau nak buat, mesti sebesar-besar ibu kaki, request bapak...bukan ibu kaki kita, ibu kaki dia lah...sebabnya, sekali makan terus kenyang...heheheh. Dan masa ini lah telefon mama sentiasa berdering, nak bertanya resipi itu, ini...

Dan saya pun terfikir, ruginya kalau saya tak belajar memasak sebanyak yang mungkin, one day bila  giliran Zulaiqa pula menelefon saya, bolehkah saya memperturunkan resipi seperti mama? Hmmmm..apa susahnya...Google kan ada hohohoho...


Apa pun, walaupun belum berkesempatan balik berbuka puasa di kampung, saya beruntung kerana ada adik-adik yang berdekatan, cuti hujung minggu ini kami pun berbuka bersama-sama..sekurang-kurangnya dapat mengubat kerinduan masing-masing pada kampung...


Thank you Wani for the 'Jongkong' emas yang menjadi tuh...Siti for the sayur and sambal sotong yang marvellous...Paling special kepada Daddy yang berpeluh-peluh bakar ayam dan ikan....Dan tak lupa adik sepupu saya Maksu Aina and her lovely friend, Fathia (hopefully betul ejaan ni...) yang sudi datang...

 Meh tengok gambar....sempat lagi tu ambik gambar...

Projek bakar ayam belakang rumah...1st round,ayam almost hangus!!










Bakar ikan pulokkk....

Zulaiqa, Sarah & Sofea berbuka puasa...ehhh puasa ke..

Cuba tengok tangan Sofea tuh...peace ke pistol tuh...

Tengah berbuka puasa...banyaknya makanan...

Syamil yang comel...

Alhamdulillah....Seronok berbuka ramai-ramai ni...

Insya Allah, cuti Nuzul Quran ni saya nak balik kampung pulak...tak sabar dah ni....

No comments:

Post a Comment