Sunday, April 22, 2012

Hikmah Ayat 26 & 27 dari Surah Al-Imran

 Mari hayati 2 buah ayat ini...

Maksud Ayat 26:
 Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!

Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada siapa yang engkau kehendaki,

dan engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang engkau kehendaki.

Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki;

dan engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.

Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.

Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu .

**************************************************

Maksud Ayat 27:

Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke alam waktu siang

dan engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam.

Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dan benda yang mati,

dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup

Engkau jugalah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang engkau kehendaki, dengan tiada hitungan nisabnya


**********************************************************

Kisahnya begini, tuan-tuan dan puan-puan....saya petik dari buku Wirid &Doa Selepas Sembahyang

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w tidak nampak Sayyidina Muaz r.a sembahyang Jumaat di masjid. Pada keesokkan harinya, Sayyidina Muaz r.a ada di masjid, Rasulullah s.a.w bertanya: "Kenapa saya tidak nampak kamu hari kelmarin, hai Muaz?"

Sayyidina Muaz r.a. menjawab: "Ya Rasulullah, saya kelmarin turun dari rumah hendak ke masjid, di tengah jalan saya ditahan oleh seorang Yahudi, kerana saya memang ada berhutang pada orang Yahudi itu cukup banyak nilainya (satu uqiah emas) atau satu aun emas. Saya masih belum boleh membayarnya sehingga ditahannya dan tidak diizinkan pulang ke rumah untuk ke masjid. Saya minta bersungguh-sungguh agar dibebaskan dan berjanji akan membayar hutang tersebut. Lalu saya diizinkan pulang, itulah sebabnya saya tidak dapat hadir ke masjid kelmarin.

Lalu Rasulullah s.a.w berkata:
"Aku ajarkan kepadamu 2 buah ayat (ayat di atas) jika engkau mahu mengamalkannya,nescaya Allah s.w.t meluaskan rezekimu untuk membayar hutangmu meskipun hutang itu sebesar gunung banyaknya"

Maka Sayyidina Muaz r.a. pun mengamalkan dan dijadikan wirid sehingga beliau mendapatkan rezeki yang luas dan melangsaikan hutangnya.


Amalkanlah untuk mendapatkan pertolongan Allah s.w.t...Insya Allah.

Assalamualaikum semua...esok kerja..Isnin yang biru lagiii..(Monday Blues)


No comments:

Post a Comment