Wednesday, April 11, 2012

The Secret Life of Zuraini Abdul Hamid-Part 1

“Huwaaaa!!! Huwaaaaaa!!”

Tanggal 12 April 1975, lahirlah seorang bayi perempuan kepada sepasang suami isteri iaitu Abdul Hamid dan Aishah. Bayi perempuan pertama suami isteri itu diberi nama Zuraini, sebuah nama yang indah tetapi takde la pulak maksudnya. Aini tu ada la, bermaksud mata.  Hmmm…mata pun mata lah…

Ok, sambung balik. Bayi ni sungguh la comel, dengan tembamnya, bermata sepet dan hidung yang tak berapa nak mancung tuh..membuatkan sepasang suami isteri ini sungguh bahagia. Ditatangnya bagai minyak yang penuh, tapi ada gak masanya kena cubit-cubit tuh..biasa la hehehehe. Tetapi manjanya tidak la lama, bila dia menjangkau umur 2 tahun,  dia sudah mendapat adik lelaki yang bernama Mohd Faizal. Memang potong stim tul, tak sempat ku nak bermanja lama-lama dengan mama, dah kena kongsi ngan adik pulak….

Maka bermulalah episod aku menggalas tanggungjawabku sebagai seorang kakak. Salah satu tugas yang mencabar yang pernah kubuat sebagai seorang kakak ialah menjaga adik ketika pertama kali masuk sekolah, termasuklah membayar yuran sekolahnya. Dan ada juga sekali tuh, adik aku tu tertinggal bas, ketika itu aku telah pun berada di dalam bas. Dah puas melihat semua tempat duduk di dalam bas, tidak kelihatan pun adikku nan sorang nih. Bas mula bergerak. Aku cemas. Bila ku toleh belakang, aku lihat adikku sedang mengejar bas dengan penuh bergaya, seperti pelari pecut Negara…Dengan muka yang ditebalkan 2-3 inci, aku terus meluru kea rah drebar bas dan menyuruhnya berhenti! Bukan senang aku nak buat begitu, sebab aku adalah seorang yang pemalu…tetapi adik punya pasal dan takut kena marah dengan mama, maka aku beranikan diri…

Begitulah besarnya tanggungjawabku sebagai kakak…aktiviti menarik rambut masing-masing dan desyum-desyum sesame sendiri tuh adalah perkara biasa yang berlaku….Dek kerana tidak mahu pening kepala nak buat interrogation dan bapak pun ketika itu memang tak berminat pun nak jadi lawyer, tapi minat jadi hakim aje…maka bapak kami terus menjatuhkan hukuman i.e. dua-dua salah, tiada rayuan, tiada kompromi…cewah…PELEPAP!! Tangan kena rotan…

Seterusnya, aku dikurniakan adik-adik lagi…adik ke dua aku juga lelaki, Muhammad Fahmi. Kocik-kocik memang dia sungguh comel, ngan putih melepak macam anak Cina…Bila adikku ini lahir, maka aku dan Faizal bergabung tenaga…ye ye macam lagu Stacy-Adam tuh…BERGABUNG! MELETUP! Bersama-sama kami mengacau adik kami yang nan kocik itu. Ada seketika sampai dia jatuh dan berdarah di mata sehingga terpaksa keningnya dijahit…Mama masa tuh dah menangis-nangis sebab yang kelihatan mata yang berdarah, nasib baik sipi-sipi aje, kat kening yang luka…Hmmm…begitulah ‘sayang’nya kami kepada adik kami sorang ni. 

Dek kerana sayanglah, kami berusaha sedaya upaya mengajar ABC dan 123 kepadanya ketika dia berumur 5 tahun…Faizal pun suatu hari cuba menyoal Fahmi..

”Lepas 1 apa?” Fahmi jawab “2”,
“Lepas 2?”, Fahmi jawab dengan senang hati “3 laaa”,
Faizal tanya lagi “Lepas 3?”
 “4”…Fahmi mula boring dengan soklan yang tak mencabar mindanya.
“Lepas 4?” tanya Faizal lagi. “ 6 !” jawab Fahmi bersahaja.
Faizal membeliakkan bijik matanya yang tak berapa nak besar tuh “ Bukan 6 la, 5 !”
“ 6 la..”
“Salah ! 5 laaaaa…Abang tau la”
Fahmi sudah naik angin…” 6 !!!” jeritnya bagai halilintar membelah bumi…sungguh dramatik…
“ oiii, 5 laaaa!!” Faizal masih cuba menegakkan benang yang memang tak basah…betul la 5 tuh…

Dan tak semena-mena DESYUMMMM!!!!...satu tumbukan padu singgah di mulut Faizal…rasanya kalau tak tercabut gigi tuh, mungkin bergoyang gerudi gak la…aku pun dah tak ingat tercabut ke tak gigi depan Faizal masa tuh…aku masa tuh pun lari kelam kabut takut kena tumbuk gakkk…Begitula hebatnya adik aku ini…Itu belum lagi masuk bab sebut perkataan stoking jadi “Toskin”, biola jadi “Bialo”..tapi kami memang serik untuk membetulkan sebutannya itu sebab kami sayang gigi-gigi kami hehehhe…Biar lah dia pandai sendiri …

Itu baru cerita pasal adik yang ke 2…nanti aku sambung cerita adik ke 3 dan ke 4 plak….

No comments:

Post a Comment