Thursday, April 19, 2012

Teka-teki di hari Jumaat

Apa kata kita rilek-rilek,hilangkan stress sambil menjawab teka-teki ni...tapi syaratnya kena pikir DI LUAR KOTAK tau...kalau ditepi,di dalam atau di bawah kotak memang tak dapat jawab punyeee....

Soalan 1: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Soalan 2: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Soalan 3: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Soalan 4: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Soalan 5: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Soalan 6: Ahmad berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Soalan 7: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

 Jawapannya cuba scroll ke bawah....tapi jawab le dulu sebelum tengok jawapan....Time anak selak-selak jawapan kertas soalan tu pandai lak nak marah hehehehe...









Scroll lagi....







Lagiii....







Dan lagiiii....






Lapan lagi....hihihih...












Ni haaaa jawapannya...jangan ler marah....
 
Jawapan 1: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Jawapan 2: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Jawapan 3: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Jawapan 4: Pisang Goreng
Jawapan 5: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.


Ni ler rupanya ikan belukang...tak pernah tengok pun!!!

Jawapan 6: Ahmad berjalan secara mengundur!
Jawapan 7: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

 

No comments:

Post a Comment