Sunday, April 8, 2012

Masak lagi.....

Assalamualaikum....

Semalam (Sabtu) saya bersama zulaiqa buat projek masak-masak. Zulaiqa nak masakkan kek untuk BFF@cousin, Sarah. Bukan main bersemangat lagi dia mengayak tepung, tolong masukkan adunan dalam cup. Ada gaya nak masuk Junior Masterchef 3-4 tahun lagi nih...Aminnnn...!

Ada gaya Junior Masterchef, tak???
Macam buat kelas kinder-cooking pulak. Anyway,aktiviti memasak pun bagus juga untuk Zulaiqa...at least dia kenal tepung, telur, butter..Dari kecik lagi kita ajak masuk dapur, esok dah besar takde le malas nak masak, betul tak?

 Saya dulu jarang masuk dapur, tu yang sekarang ni skil masak gitu-gitu je..Kadang-kadang jeles jugak tengok kawan-kawan yang ada skil memasak tahap Masterchef nih...Sebab tu la sekarang ni saya agak rajin juga belek resipi-resipi lama,baru dan cuba memasak...Dah tu masuk blog, kan! Bukan sebab nak tunjuk terrer tapi blog ni macam buku resipi saya. Kalau simpan hardcopy, once hilang dah susah nak cari...

Dah banyak lak membebel...saya ni nak kongsi resipi Lasagna...buatnye last 2 weeks kot tapi baru teringat nak post entry dalam blog ni...Sebelum tuh nak give credit to my friend Nadia yang bantu saya buat lasagna, thru sms je pun hehehe...bukan apa, dah lama tak buat lasagna ni, dah lupa....

Untuk first timer yang nak cuba resipi ni, memang sekali baca nampak macam susah je, tapi senang je sebenarnya...Konsep sama, macam buat kuah spaghetti cuma extra ada lasagna sheet & bechamel sauce aje...

Bahan-Bahan nye ye:

1. Lasagna sheet(dilembut dalam air suam yang dicampur sedikit olive oil sehingga lembut)
2.Daging cincang
3. Sos Prego (kalau malas nak buat sauce sendiri), Oregano,Black pepper kalau nak sauce pedas
4.Carrot,Button Mushroom,Bawang besar,tomato (dipotong dadu semuanya)
5.Susu cair (500ml)
6.Tepung gandum (3-4 sudu besar)
7. Cheese,cheese,cheese

Cara-caranya:-

Ada 3 peringkat penyediaannya iatu Meat Sauce,Bechamel Sauce dan akhir sekali peringkat menyusun lasagna sheet,meat sauce,cheese dan bechamel sauce.

Meat Sauce

1. Panaskan olive oil, masukkan bawang cincang.
2. Masukkan daging cincang. Daging ni bila masak tu agak berair, so kita buangkan airnya tau. Biar kering-kering.
3. Masukkan black pepper kalau nak pedas.
4. Masukkan carrot,mushroom yang dicincang. Bila dah agak empuk,masukkan tomato.
5. Masukkan sos Prego,letak oregano..if ada bay leave masuk ler. Takde takpe...
6. Kalau nak masin,manis ke pandai-pandai la tambah garam,gula ye...bagi saya sos prego tu dah cukup semuanya
7. Dah siap masak, ketepikan...

Bechamel sauce


Nama cam canggih je tapi sebenarnya sos susu cair je...

1. Cairkan sedikit butter ( 1 sudu cukup la)
2.Masukkan susu. Sukatan tu agak-agak besar mana loyang kita lah..kalau tak cukup nanti, boleh buat lagi
3. Masukkan tepung gandum. Hati-hati jangan berketul-ketul
4.Kalau ada parsley boleh campurkan..kalau takde pun takpe. Tapi kureng aroma la...
5. Kacau sehingga jadi pekat cam bubur lambuk tuh...kalau tak pekat tambah tepung. Ada juga masukkan cheese dalam sauce ni. Kalau suka, boleh masukkan.
6. Boleh tambah garam kalau butter tu unsalted butter. Kalau sauce bercampur cheese, dah tak perlu letak garam la, banyak garam kang, lain plak jadinye...
7. Dah pekat, boleh ketepikan.

Ooo ye sambil-sambil tu check la lasagna sheet awak tuh dah lembut ke belum...becareful jangan lasagna sheet tu melekat..

Cara nak susun:

1. Letak meat sauce dulu
2. Masukkan bechamel sauce
3.Tabur cheese
4.Letak lasagna sheet sampai tutup permukaan sauce tadi. Boleh potong-potong lasagna sheet tu kalau tak cukup
5. Ulang balik step 1-4.
6. Last layer mesti bechamel sauce & cheese

Make sure meat sauce and bechamel sauce tu diratakan seluruh loyang, sebab nak moisturekan lasagna sheet supaya tak kering bila bakar nanti...

Then, bakar dalam oven 175 degree for 35-45 minutes. Then,sejukkan sekejap baru boleh potong cantik..

macam ni la cantiknya cewahhhh...

Ini 600 kalori sudah tentu...pas makan joging 2km ek....
Untuk yang tak biasa nengok lasagna sheet, macam ni la rupanya..

Beli yang ni, bagus...memang jadi!!!
Selamat mencuba.....

1 comment: